Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Detik Bersama Blog Ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pembaca yang dihormati, (cewwah, macam surat rasmi. haha)

Insya-Allah, untuk page ini, saya akan kongsikan latar belakang penghasilan blog ini,
perjalanannya sehingga ke hari ini (macam iklan imam muda. lol.)


Blog ini dihasilkan pada 26 September 2009 (rasanya awal lagi, tapi waktu itu kosong lagi). Ia dibangunkan sebagai merealisasikan salah satu impian saya iaitu untuk mempunyai blog. Tujuannya adalah untuk bertemu dengan ramai rakan blog di alam maya ini.

Pada awalnya, blog ini adalah sebagai tapak untuk maklumat-maklumat umum dan berita semasa.
Tapi mengikut pembacaan dan pemerhatian saya, blog bukanlah tapak berita, tetapi ia adalah tempat untuk menceritakan hal-hal yang agak personal, mengenai diri sendiri, atau apa yang berlaku di sekeliing kita. Jadi, saya tukar tune tersebut kepada lebih... (entah, nilai sendiri. he he.)

BenAshaari.com
Pada tahun-tahun awal (sekitar 2008-2010, saya berkenalan dengan blog-blog seperti RedMummy.com, BenAshaari.com, dan blog-blog setaraf dengan populariti mereka. Sejak berjumpa dengan blog BenAshaari.com (berjumpa dengan blog, bukan tuan punya blog. *kalau ada rezeki, insya-Allah boleh berjumpa. cehh, impian. HAHA), saya sering menyertai segmen-segmen yang beliau anjurkan. Antaranya 500 Blog, Saya Anak Negeri dan banyak lagi segmen. Saya juga banyak menyertai segmen di Blog Pilihan Malaysia, sekadar untuk suka-suka dan mencari kenalan maya. Sejak dari penyertaan segmen inilah, saya mempunyai followers sehingga 200 lebih. Bukan niat mencari follower, tetapi insya-Allah akan menggunakan cara berblog ini untuk ke arah yang baik. (walaupun waktu itu, agak tidak tahu tujuan berblog)

Oh ya! antara penulis blog yang turut menjadi ikutan saya adalah YiedPozi ! ha, penulis blog ini muda daripada saya dalam 4-5 tahun. Memang berbakat besar. Dahulu, sering juga menyertai karya ciptaan beliau dan abangnya, Blogwalking Widget. Jadi, kalau nak cari kawan, jom rapat-rapatkan diri dengan yied. ^_^

Logo: Al-Faliheen Management

Pada tahun 2009, iaitu seusai Islamic Leadership Camp (IslahCamp) [baca deklarasinya di sini] anjuran AlFaliheen Management, saya telah berkenalan dengan beberapa sahabat baharu, yang ada kalangan mereka aktif berblog. Sejak dari itu, saya memandang blog sebagai tapak memberikan pandangan dan komentar terhadap isu semasa mahupun isu sekeliling kita, di samping penghasilan karya, cerpen dan lain-lain yang seterusnya menjadikan ianya bermanfaat. Antara sahabat yang aktif berblog ialah Farid Wajdi (inspirasi utama -dahulu blog beliau dikenali sebagai Aku.Melayu.Islam-) dan Farzana Maulan (mereka berdua adalah Alumni SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS), well, SHAMS kan hebat. :D ) serta sahabat lain yang rata-ratanya adalah pemimpin pelajar di Sekolah Agama Negeri Sembilan.

Dengar elok-elok pesanan ini ya ! :)
Sejujurnya, membuat blog ini merupakan satu daripada inisiatif kerajaan saya untuk mengekalkan dan memperbaik penggunaan bahasa Melayu saya. Namun, kadang-kadang, bahasa yang digunakan memang menyimpang dari rukun bahasa yang batul. (haish, apakan daya. ni la jadinya bila kurang membaca).

Penghujung tahun 2010 menyaksikan beberapa rakan-rakan ITQAN-ku yang membikin blog. Yang saya tabik, adalah Afdhal Fikri, si Budak Banjir. Bacalah blog beliau, walaupun beliau tidak update blog dengan tempoh yang lama. uhuk!

Masuk tahun 2011, saya berblog seperti biasa (macam aktif). Ditambah dengan beberapa artikel yang saya bikin untuk dimuatkan dalam Buletin Al-Islah terbitan Unit Bimbingan & Kaunseling ITQAN. (nak taknak, saya memang berbangga bila menyertai UBK ITQAN. Ia suatu entiti islah diriku dan rakan-rakan lain. Bila hati terikat, proses pentarbiyahan berlaku dengan baik. Tak kenal maka tak cinta. >OK stop it! jangan banyak komen, nanti ramai orang benci. :P aha! #KataBiarTerasa) .



Dan tahun 2012 (atau lebih baiknya, bila masuk ke KUIS), tiada apa yang berubah. Cuma blog ini dijadikan 'buku nota' buatku mencatatkan beberapa informasi dari mana-mana kuliah/ majlis ilmu yang saya hadiri. Dan saya turut berkenalan dengan beberapa rakan yang turut berblog. *rujuk di sidebar*

Permulaan dahulu, saya menggunakan tagline:

HITAM PUTIH KEHIDUPAN,

Kemudian, saya memilih tagline

DAIE TEKNO

Istilah yang diberikan oleh Murabbi saya (rujuk blog beliau di sidebar). Dan kini, untuk tidak terlalu terikat pada 'islamik' semata-mata (bukan buang Islam atau sekular! cuma kadang-kadang posting blog ini bukan mewakili apa itu Islam. Ia mewakili diri saya. Harap tidak disalah faham), saya memilih tagline,
DI SEGENAP SUDUT DUNIA, ADA CERITA TERSENDIRI. =)
Maka, itu sahaja cerita blog ini. Segala kesalahan yang berlaku dan dilakukan harap dimaafkan. :)
Wallahua'lam

0 Komentar:

Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi