Sejarah Pertandingan Jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Sejarah Pertandingan Jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


November 1951
Dalam Persidangan Ulamak Tanah Melayu ke-3 (merangkap Kongres Khas Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu), bagi menentukan Yang Dipertua bagi mengetuai Jawatankuasa Pertama Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu telah menyaksikan pertandingan antara Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan (Pengerusi Penaja Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu/ Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama UMNO) dan Sheikh Abdullah Fahim (Bekas Pengerusi Bahagian Agama UMNO).
Keputusan menyaksikan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan terpilih sebagai Yang Dipertua pertama, manakala Sheikh Abdullah Fahim selepas daripada itu menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS yang pertama.


Disember 1956
Dalam Mesyuarat Agong/Kongres Tahunan PAS kali kelima, pemilihan Yang Dipertua telah menyaksikan pencalonan 3 orang calon iaitu Dr Burhanuddin bin Mohd Nor al-Helmi, Prof Dr Zulkiflee Muhammad dan Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad.
Walau bagaimanapun, Ustaz Hassan Adli menarik diri selepas terpilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS, dan selepas daripada itu diangkat setaraf dengan Naib Yang Dipertua PAS.
Keputusan pertandingan menyaksikan Dr Burhanuddin al-Helmi terpilih sebagai Yang Dipertua PAS, manakala Dr Zulkiflee Muhammad terpilih sebagai Timbalan Yang Dipertua yang mana beliau turut bertanding untuk jawatan tersebut.


September 1973
Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kali ke-19 telah menyaksikan pertandingan merebut jawatan Yang Dipertua PAS antara Datuk Asri Muda dengan Ustaz Abu Bakar Hamzah yang menyaksikan Ustaz Abu Bakar tewas dan beliau kekal sebagai Naib Yang Dipertua PAS.


Jun 2015
Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 menyaksikan pertandingan bagi memilih jawatan Presiden pertama kali selepas 42 tahun antara penyandang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Ustaz Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS).
Keputusan pemilihan menyaksikan Tuan Guru Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden, manakal Ustaz Ahmad Awang selepas daripada itu keluar dari PAS dan kini menjadi Penasihat Umum Parti Amanah Negara.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan