Posts

Showing posts from June, 2016

Berhabuk Bahasa Arab

Image
Cerita Di KLIA Semalam sepertimana yang kutelah ceritakan, aku pergi KLIA, dan bukan nak menunjuk (tapi sebenarnya tak sempat tukar), aku pakai jubah. Siap kain pelikat. Haha. Nak jadikan cerita, dalam perjalanan nak ke car park, tiba-tiba disapa dengan pertanyaan "hello, you tahu Arabic tak?" Tiba-tiba ada pegawai airport berbangsa Cina siap berkot, kemeja lengkap tanya kepada kami yang tahu bahasa Arab ke tak. Kes dia, ada seorang lelaki Arab ni nak ke Istanbul tetapi nak taknak dia kena beli "return ticket". Dia guna visa Arab Saudi, jadinya dia tak boleh beli tiket terbang terus ke Istanbul tanpa ada destinasi ketiga. Jadi, Pegawai Cina tu nak minta bantuan kami untuk bertanya dengan lebih lanjut. Menakjubkan, pegawai Cina tadi sebenarnya dah lebih banyak cakap Arab daripada kami. Haha. Dan Alhamdulillah, sedikit je dapat kami bantu, itupon kes belum selesai. Mana taknye, Pak Arab tu cakap bahasa Arab stail dia, kita ni pulak mulut tak terkeluar perkataan.