Selepas 10 Tahun



Hari ni, kami ke majlis perkahwinan Effina, pengawas masa kami sekolah rendah dulu.
Dalam gambar ni, bermula dari sebelah aku (berbaju kuning), namanya Noor Azwan Nawawi, Hazim Halim dan Zaid Jamsari.


Hazim aku pernah terserempak masa form 3, yang lain aku tak pernah nampak, dan hari ni hari pertama kami berjumpa lepas habis UPSR (UPSR ea, bukan sekolah menengah)

Azwan, aku tak berapa nak cam muka dia sebenarnya, sebab tak berapa rapat sebelum ni, dan dia kelas lain masa sekolah rendah dulu. Satu lagi, tak pernah jumpa. Kami contact semua melalui whatsapp je. Tapi bila pandang muka tadi masa sampai kat Beranang, terus ingat balik siapa Azwan Nawawi . haha. *Teruk betul Ketua Pengawas ni. Eh?* Haha.

Zaid Jamsari, dulu antara yang agak rapat masa sekolah rendah dulu. Dah besar dah dia sekarang, hahaha. Tapi badan dia maintain je. Bagus dia ni, bersenam selalu.

Hazim, rumah kami dekat, tapi biasalah, busy. Haha. Masing masing tak jumpa-jumpa.
And now, kami berpisah semula.

Azwan kerja kilang.
Hazim baru nak cari kerja.
Zaid, belajar kat ILP Ipoh.
Aku? Apa lagi, di KUIS la.

Semoga kita berjumpa kembali, kawan!

Lepas ni kita ziarah SRAIPB pulak.

Zaman sekolah rendah, zaman fantasi tahap tinggi.
Nak buat apa waktu tu, buat je. Bila dah besar, kau segan sendiri.

Dan ianya manis.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan