Posts

Showing posts from November, 2013

Acara

Image
Assalamualaikum ! Selamat bercuti kepada semua! Alhamdulillah, cutiku dimulakan dengan program di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) untuk Kursus Nuqaba dan Imamah Selangor. Sebuah program yang 'awesome' dan Mantap. Dikendalikan oleh Mantop Training & Consultancy, anjuran ILDAS dan Kelab Al-Azhar Members KUIS. Kemudian, minggu tersebut dipenuhi dengan PRK IPTA tempatan seperti UKM, USIM, UUM dan lain-lain. Ada beberapa kenalanku yang menjadi calon dan memenangi pemilihan tersebut. Tahniah dan Takziah diucapkan. Di hujung minggu pula, aku menyertai program sidang meja bulat anjuran Institut Forum Siswa (I-Forsis) yang bertemakan 'Suatu Kesepakatan Baharu: Politik Muafakat, Memberdaya Peranan MPP'. Sidang Meja Bulat tersebut dianggotai oleh front-front mahasiswa seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), dan Kumpulan aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Seminggu selepas itu, 2 har