Argumentasi

Assalamualaikum. hola !

Tetiba hari ni ter-ada mood untuk taip.

Bangunan Akademi Islam. Tiada kaitan dengan entri. :D


Pertamanya, minta maaflah sebab mood menaip untuk blog sudah semakin merudum. Oh, bukan sahaja merudum, malah semakin menjunam, persis ekonomi dunia sekarang.

Rentetan itu, sementara ada mood ini, aku pun meneruskan taipan.

Sebenarnya banyak nak ditulis. nanti kita cuba susun dahulu ayat.

Soal hati. Cinta. Suka. Entahlah. Semua tu fitrah, dan semua itu sentiasa menampar-nampar diri agar sedar kewujudannya. Nampak tak aku berkias? -,-'

Bukan apalah, cinta dan suka tu perkara picisan bagi aku. Rileks, takut pun ada. haha. Dalam ujian psikologi yang kawan aku buat, aku ni seorang player. Player, mean hati tak tetap. Jadi, menyedari hakikat itu, aku taknak seriuslah dalam cinta ni.

Eh, kejap. Sebelum celoteh panjang, nak tanya, aku tengah bercinta ke? -__- Tak kan?

Aha, sentuh tentang blog ni. Aku sebenarnya terpaksa akui bahawa menulis di blog bukan lagi seaktif dahulu (dari dulu lagi tak aktif masalahanyaaaaaa. -,-'). Dengan kesibukan yang dibuat, menghadap laptop tapi mood hilang, Program pon tak banyak yang join, buku pun kurang dibaca. Ah, apa nak jadi dengan aku semester ni?

Lagi isu tentang kehidupan kemahasiswaan. Assignment ada yang tak selesaikan, walaupun dah masuk minggu peperiksaan. Ada tak yang nak tolong buatkan? haha. Okey, tak perlu.

Kemudian Kertas Kerja Diskusi Mahasiswa KUIS, akan dihantar selewatnya minggu depan. KK tu dah bertangguh satu sem. Kalau Kak Arifah ada kat KUIS, mahu dia marah aku. haha. Sorry kak, memang kami lambat gerak. heeee.

Update tentang Diskusi tu akan diberitahu kemudian la ye. Itu pun kalau mood menaip ni kembali datang. ahaks~

Okey geng, sekarang aku dalam fasa peperiksaan. Jadi, doakan kami semua menjawab dengan benar dan betul, berjaya mendapat keputusan cemerlang. Okey, sampai di sini sahaja celotehan saya.

*sambil makan black forest cair"

Nota: Argumentasi : maksudnya lebih urang tak setuju/ berhujah atau berdebat. lebih kurang la. haha/.

Assalamualaikum ! =)

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan