Tanya Kita, Jangan Pertikai Mereka.
Seringkali kita menilai 'niat' seseorang.
Dialog manusia ingin hijrah.
A: Aku nak bertudung la..
B: Macam mana ya aku nak berubah?
C: Aku suka tengok akak bertudung labuh tu. Nanti aku nak beli tudung la. Aku nak pakai !
D: Jomlah join persatuan kami. Insya-Allah, bermula di sini, kita akan sama-sama membentuk generasi ghuraba di kampus kita.
A: Betul ke kau nak bertudung ni? Nanti kau tak boleh buat jahat dah.
C: Weh, tak payah la nak bertudung-tudung bagai. Kau tak tahu ke Malaysia ni panas. Kau pakai tudung tu buat orang pandang pelik je dengan kau.
D: Eleh, ni mesti nak 'menghalalkan pertemuan lelaki dan perempuan'. Korang tak payah la nak ajak aku. Aku ni dah masak dah dengan bebudak yang suka persatuan-persatuan ni. Semua kerja nak menggatal.
Sekali lagi, kesal. Punyalah ikhlas niatnya untuk ajak kepada kebaikan, kita senang lenang mencantas pahala yang kita sendiri boleh dapat.
Jangan buat kerja gila. Sekian.
Comments