Dari Berangan, Kepada Perancangan

Bismillah.

Salam Ramadhan semua. Hari ini (Hari aku mula-mula tulis) baru 3 Ramadhan.
Anak bulan pun cantik lagi waktu ni. :)

Anak Bulan 3 Ramadhan. :)


Bila bulan Puasa, lebih-lebih lagi pada hari yang tiada kelas, masa yang terbuang boleh jadi banyak. Manakan tidak, jika dulu kalau tak ada kelas, pergi makan. Tak pun, mesti ada bahan dalam mulut. Tengok badanlah ! :P Tapi bila masuk bulan Puasa, mulut perlu dijaga. Semua perlu dijaga.

Nampak macam leceh kan Islam ni? Tapi hakikatnya, cuba bayangkan kita ni ibarat bahan termahal yang sentiasa dijaga oleh tuannya. Kita dijaga sepenuhnya oleh Allah! Mahalkan kita? :)

Hidupkan budaya Ilmu. :)


Pernah dengar tak hadith,

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku."

[Hadith riwayat Muslim]

Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari ada berkata:

"Andai saja kita punya 7 kereta. Mesti ada 1 yang kita kata itu kereta kita. Sedangkan sebenarnya kesemua 7 pun kereta kita, tapi pasti ada 1 yang kita paling suka yang kita paling sayang.

Ibaratnya begitu lah dengan ibadah puasa. Sememangnya, setiap amalan itu kita kerjakan kerana Allah, untuk Allah... Namun, Allah menyatakan untuk ibadah puasa akulah yang akan membalasnya. "

Lihat betapa beruntungnya orang yang berpuasa kerana Allah. :)

----------------
Berbalik kepada usul penulisan. Masa yang 'terbuang' amatlah banyak. Jadi, agak banyak aktiviti yang aku isikan. Seperti biasa, melayari internet, meneruskan kehidupan di asrama (basuh baju), menyertai program menghidupkan Ramadhan seperti Tarawih, Tilawah. Namun, adakala 'Encik Berangan' pun nak dijadikan sebagai aktiviti.

Berangan. Lama sudah berangan. Kita tak boleh biarkan anganan berlalu sebegitu sahaja. Sekadar ambil pesanan Kak Ummu Hani Abu Hassan dalam buku beliau "I Want To Be A Writer", bunyinya lebih kurang begini:

"Tuliskan apa yang terlintas di fikiran kita. Walaupun nampak tak logik imaginasi tu, tulis sahaja."

maka, aku pun cuba lazimi mencatat beberapa angananku ke dalam buku nota.

Biasalah, angan-angan ni biasanya relate dengan peristiwa yang sudah kita lalui. Jadi, dalam banyak angananku, aku terfikirkan dua program yang relevan untuk dilaksanakan. Mungkin Zikra Minds Resources boleh anjurkan selepas ini.

1. Seminar Fiqh Wanita



Seminar ini fokus untuk kaum wanita tanpa mengira agama (sebagai elemen dakwah).
Fokus usia pula pada awal usia remaja
Fokus perbincangan pula sekitar isu haidh, tanggungjawab wanita, fesyen muslimah solehah.

Idea ini berlegar dlam fikiran selepas menghadiri Seminar Impactive Ramadhan pada 29 Jun lepas.

Dalam slot Dr Danial Zainal Abidin, beliau menimbulkan isu.

"Wanita terlalu selalu bergelumang dengan Fiqah Haid (Fiqh Wanita khususnya soal Haid). Padahal, isu Fiqah Haid ini perlu diselesaikan semasa waktu permulaan baligh seseorang perempuan (9-15 tahun).
Bila ditanya makcik-makcik, apa yang dipelajari sampai sekarang, Fiqah Haid semata-mata. Walhal, wanita mungkin boleh menyeberang Fiqah yang lain seperti Fiqah Rumah Tangga, Fiqah Cinta, Fiqah Perniagaan, Fiqah Berpolitik dan kepimpinan dan lain-lain."

Maka, program pendedahan isu wanita perlu dibuat semenjak awal lagi.

2. Seminar Daie Blogger [Seminar Bersiri]

Sekadar berangan. kbai. ;p

Seminar ini fokus anak muda yang ingin menjadikan blog sebagai medium dakwah.
Fokus usia seperti dinyatakan, tentunya pada usia remaja.

Seminar yang dirancang adalah seminar bersiri. Mungkin seminimum 3 siri.
Fokus perbincangan adalah sekitar teknik membuat blog, matlamat utama daie blogger, dan tanggungjawab muslim.

Idea timbul bila beberapa sahabatku meminta kepadaku untuk berkongsi ilmu membina blog.

:)

Itulah angananku, masih dalam perancangan. Pelaksanaannya? Wallahua'lam.

Masa Lapang, Masa Merancang. Jangan persiakan masa yang ada.
Kerana Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia.

Wallahua'lam. Bertemu di lain entri.\

P/s: Sekarang 7 Ramadhan, bayangkan mula-mula aku menulis adalah ketika 3 Ramadhan. Haha. Berat nanang. -,-'

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan