Seketika di HKK 2013.

Hari ini (06062013) selesai program besar terakhir melibatkan Mahasiswa Asasi, Hari Komunikasi Khalayak (HKK). Program ini merupakan program wajib bagi semua Mahasiswa asasi Semester 3. Memfokuskan kepada kebudayaan dan bertemakan ''Bahasa Merentasi Budaya", program ini menyediakan beberapa persembahan yang mantap yang bernuansakan tradisi Melayu.



Antara persembahan yang dipersembah tadi adalah:
1. Berbalas Pantun (Pantun Merisik)
2. Syair (Perpaduan Negara)
3. Pidato (Pemuda Acuan Al-Quran)
4. Sajak (Maaf Ibumu Tak Sempurna)
5. Pementasan Drama (Sumpahan Markona)

Kesemua persembahan hebat-hebat belaka.  Namun bagiku, kami mahukan lebih. (dah macam Ogy Ahmad Daud dah). Ada beberapa persembahan perlu diperbaiki dan ditambah baik. :) Apa-apapun, sekali lagi, memang cukup bagus.

Persembahan yang bagiku cukup memberi kesan tak lain tak bukan adalah Pidato Pemuda Acuan Al-Quran, yang disampaikan oleh Kak Arifah Bukhari. (Rakamannya tiada padaku). Aku tak melihat gaya persembahannya, namun contentnya cukup bertenaga. :)

Persembahan Sajak turut menghibakan suasana. Lontaran suara Amar Sunan dan Yasmin cukup membuatkan penonton sebak dan memanggil memori lama. Sajak berkaitan bonda (bukan satakat sajak), kalau pidato berkaitan bonda pun kita semua boleh sebak, kan? :)

Persembahan yang lain juga mantap. Pantun dan Lakonan cukup menghiburkan. Syair mungkin perlu dinaiktarafkan sedikit, mungkin boleh ditambah dengan elemen muzik syair. Bunyi tersebut boleh menambah perasa Syair agar penyampaian tidak terlalu sunyi. Sekadar sedikit komentar.

Paling tertarik minatku adalah video gimik yang memang awesome. Kalau sudah di-upload ke Youtube, akan ku kongsikan di sini. :)

-------------------------
HKK seperti juga CFNPersis yang lepas, berjaya mempertemukan beberapa pensyarah yang tidak mengajar kami pada Semester 3 ini. Khususnya Encik Hairol Anuar Mak Din, pensyarah Pengajian Malaysia kami semester lepas. Ingatkan sudah tidak berpeluang bersua muka dengan beliau lagi, haha. Alhamdulillah dapat bertemu dengannya di HKK tadi.

Selepas HKK berkahir, Encik Hairol Anuar tiba-tiba berkata kepadaku, "Bagus blog kamu, saya suka"(something like that la). Terus kekagetan aku. haha. Bukan apa, Tak kusangka blogku ini dibaca oleh pensyarahku.

Apa-apapun, terima kasih kerana membaca blogku. Moga peroleh manfaat, sekiranya ada. :)

sekian dahulu coretanku, kita bersua di lain kalam.

Saya Mohammad Zahirul Nukman, terima kasih kerana membaca. (dah ikut stail pembaca berita dah) haha.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan