Kesempitan itu Pengajaran, Juga Pengalaman.



Puisi tekanan perasaan *pon boleh*

Kadang-kadang kita rasa nak lari dari realiti, kan?
Kita cuba lari, dan lari, dan lari.
Sampai mana kita mampu?

Kita takkan boleh lari dari realiti.
Jangan nak membohong !
Jangan nak tipu diri-sendiri.

Realiti itu, hakikatnya mimpi.'
Mimpi kita di dunia ini.

Nyah kau tekanan perasaan.
Pergi kau alasan !

Biar kita sudah terlajak,
Setiap derap harus dijejak.

Huh!
Kita tak mampu untuk lari dari semua ini !
Tapi kita takut.

Takut,
hingga membuatkan minda kita kabut.
Argh !

Ketakutan itu membantutkan diri kita,
memerangkap langkah kita,
menggetarkan jiwa kita !

Di saat ini dan sepanjang masa,
hanya Tuhan tempat kita meminta.


-----------------------------------------

*Ada yang kata aku ni terlalu 'jijik' dengan hal ehwal cinta-cinta ni. Oh no. Aku bukan jijik dengan cinta, aku jijik dengan orang yang terlalu obses bercinta seolah-olah dunia milik dia dan 'bakal' pasangannya. 'Jijikan' aku ini berasas.

- Cuba bayangkan, 'cinta' tu melibatkan 'kita' dan 'pasangan kita', jadi ia soal 'kita berdua'. Kalau dah namanya 'soal kita berdua', tak perlu kot kalau nak hebahkan satu dunia. Betul tak?

*Sekarang ni, semua perkara sedang berlaku. Dari soal Politik Pilihanraya, soal akademik Mid-term, soal amanah program exco, dan semuanya. Kita, kena tempuhinya.

*Semoga Tuhan memberi kita kekuatan. ^_^

p/s: Nak pergi PBAKL, tapi tragedi menimpa. Terpaksa lupakan. huhu :)

Comments

Unknown said…
Ngaadu kt Allah..Dia pasyi dengar.

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan