Kenyataan Rasmi Lajnah Akademik PERSIS bagi sesi Pertengahan Semester Akhir.


[Tinta AKADEMIK]




Assalamualaikum w.b.t.
Sahabat Mahasiswa Asasi yang dimuliakan,

1. Sesebuah perjalanan mempunyai permulaan dan pengakhiran. Ia juga pasti ada titik tengah yang menjdi penghubung antara kedua-duanya. Ibarat seutas tali yang ditegangkan ke kiri dan ke kanan, maka Tali itu juga mempunyai titik tengah yang memisahkan belah kiri danbelah sebaliknya. Begitu juga ibaratnya permusafiran kita dari rumah hingga ke tempat musafir (yang dituju) yang jauh, pasti juga ada tempat persinggahan, tempat pertengahan yang akan diteruskan perjalanan dengan tenaga yang baharu.

2. Sehubungan itu, atas kedudukan sebagai seorang mahasiswa, dengan sesi pembelajaran yang memakan masa 14 minggu, maka kita telah sampai ke titik pertengahan kita bagi Semester 3 (Akhir). Bermakna, minggu-minggu fasa akhir ini menjadi satu tempoh masa untuk kita mengutip seberapa banyak kenangan manis agar sentiasa terpahat dalam memori.

3. Namun begitu, atas kapasiti sebagai EXCO Akademik, saya ingin berpesan kepada diri saya dan kalian semua agar sentiasa beringat bahawa dalam tempoh fasa akhir ini, kita akan menghadapi beberapa 'rintangan' kecil sebelum menghabiskan tempoh pembelajaran di sini. Sambil kita 'sibuk' dengan tugasan luaran (ko-kurikulum), jangan kita abaikan pelajaran kita. Fokus dalam tugasan luaran, maka fokus juga dalam pelajaran.

4. Perlu diingatkan juga, minggu-minggu pertengahan ini akan sibuk dengan Peperiksaan Prtengahan Semester (Mid-Term Test), jadi diharapkan agar semua sahabat dapat mengulang kaji pelajaran, menyiapkan tugasan yang diberikan dan sentiasa menjaga kesantunan sebagai seorang Mahasiswa.

5. Allah s.w.t berfirman dalam al-Quran, bermaksud:

"Dan golongan yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah bersama golongan yang berusaha membaiki amalannya."
[Al-Ankabut, 29: 69]

Maka, dapat difahami melalui ayat ini tentang kepentingan berusaha. Allah akan memberikan kita rezeki jika hanya kita berusaha ke arah impian yang kita ingin kecapi. Tidak mungkin kejayaan itu datang bergolek-golek tanpa sebarang usaha untuk mendapatkannya.


Wallahua'lam.

Zahirul Nukman Narakna,
Mewakili Lajnah Akademik PERSIS.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan