#Diskuis5 : Kita Berbeza - Merapatkan Jurang Perselisihan




Alhamdulillah, Isnin malam Selasa (07012013) sempat menghadiri Diskusi Mahasiswa Asasi KUIS (#Diskuis) edisi kelima, dengan tajuk - Kita Berbeza: Merapatkan Jurang Perselisihan. Ia merupakan program anjuran Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS di bawah kelolaan Lajnah Akademik dan Pembangunan Ilmiah PERSIS.



Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Saudari Aminah Tajul Arifin dan Moderator yang mantap kali ini, Saudara Irfan Asyraf Al-Malizi kerana berjaya mengendalikan diskuis kali ini dengan baik, walaupun kehadiran yang amat-amat tidak dijangka ramainya.

Terima kasih juga kepada beberapa orang bekas Mahasiswa Asasi yang turut hadir, Saudara Syed Hamzi Syed Mohamad (Senator MPP Akademi Islam KUIS) dan Saudara Muhammad Saifullah Mohd Rozli (Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Jabatan Dakwah KUIS).

Sungguh, kehadiran kali ini memang tidak dijangka. Lebih ramai daripada biasa.

Sememangnya tajuk kali ini amat baik untuk dibincangkan oleh kami. Antara quote yang baik malam tadi untuk dikongsi bersama:

> Berbeza itu Indah. Jurang Perselisihan bukan alasan untuk berpecah.

> Berbeza macam mana sekalipun, carilah satu titik persamaan untuk rapatkan ukhuwah.

> Allah jadikan manusia ni berbeza. Berbeza bukan sekadar atas sudut jantina, tetapi peranan masing-masing dalam menegakkan Islam.

> Terima kelemahan orang lain, lapangkan dada untuk menerima teguran. Ia dapat merapatkan jurang perselisihan antara kita.

> Perbezaan tu yang membuatkan kita saling melengkapi

> Hindari sikap terlampau 'memonopoli kebenaran".

> Aplikasikan konsep Setuju untuk Tidak Bersetuju (Agree To Disagree)

> Memahami Falsafah 5 Jari. Berlainan Sifat, Berlainan Sikap. Namun, bersatu melakukan sesuatu tugasan.



Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan