Perbincangan Kedai Kopi


Gambar Hiasan: Kopi kalau dicicah dengan kuih bahulu, memang sedap - Florence Tan
Assalamualaikum ! Bagaimana hidup anda? indah? seperti yang dirancang atau ada perkara emergency berlaku? Apa-apapun, sama-sama kita berdoa agar kita semua berjaya menjalani kehidupan dengan baik sehingga Syurga kelak. Amiin. :)

Okey ! berbalik kepada tajuk kita pada pagi kali ini, sememangnya kedai kopi adalah tempat yang paling sibuk di dunia #faktasendiri. Bangun pagi, pergi surau/masjid utnuk solat subuh. Lepas habis solat, terus pakcik pakcik ni pergi berkumpul di kedai kopi (dulu kedai kopi, sekarang kedai mamak).

"Mamak, roti canai dua, kuah asing"
"Mamak, teh tarik satu !"

Fenomena ini bukan sekadar bagi bangsa Melayu semata-mata, tetapi masyarakat Cina juga turut sama me-lepak di kedai kopi.

"Mamak wo, bagi itu nasi lemak dua, makan sini lo.. sama itu teh tarik kurang itu gula" 

*yang bekerja bukannya mamak, sekarang ni kan ramai mat-mat dari Bangladesh, mereka pun angguk-angguk je la menerima pesanan.

*okey, sebenarnya memang ada kaitan dengan tajuk, tapi isinya sudah lewah. merapu. hehe. maaf

Kedai Kopi. Perkara biasa-biasa yang boleh memungkinkan banyak perkara berlaku.
Kedai kopi adalah salah satu wadah terpenting kepada pendakwah khususnya (Muslim semua tanpa mengira siapa) bagi menyampaikan ilmu dan nilai agama walau secebis.

Perbincangan Kedai Kopi biasanya membincangkan hal-hal isu yang berlaku dalam kampung/kawasan perumahan, isu yang terdapat dalam surat khabar seperti Politik dan Sukan (famous issues). Jadi, pendakwah kedai kopi boleh sahaja berborak bersama pelepak kedai kopi lain sambil mengaitkan topik perbincangan dengan agama. :)

Berbincang, bersoal jawab. Mana tahu, buah fikiran pakcik pakcik ini lebih baik daripada apa yang kita fikirkan? Sebab itu merujuk di awal kata-kata di atas, segala kemungkinan boleh berlaku.

Cuma, jangan pula kita terus menghukum apa yang salah. Tegur dengan hikmah agar terkesan dalam hati. Insya-Allah kita boleh !

Kalau tak silap (kalau salah harap tegur), Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga menggunakan kaedah ini (berdakwah di kedai kopi) selepas beliau dihalang daripada mengajar di Masjid.

Apa-apa pun, tugas dakwah adalah tugas semua. kerana Islam itu inklusif, bukan eksklusif untuk sesiapa. Ia untuk semua. Sekian bertemu lagi di lain coretan. Wallahua'lam.

Macam biasa (macam la biasa...), kalau salah sila tegur, kalau baik ambil, kalau buruk buang.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan