Madrasah Tarbawi: Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre


Antara bingkisan yang sempat dicatat semasa Madrasah Tarbawi malam tadi (14 Sepember | 28 Syawal) di Masjid Al-Azhar, KUIS oleh Al-Fadhil Al-Habib Al-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Tajuk Asal ceramah ialah: Ada Apa Pada CGPA?


1) Kalau dah namanya Pelajar, nak tak nak kena belajar. Belajar itu sebagai perkara yang utama. Bukan menjadikan main game atau menonton filem sebagai kerja utama !

2) Belajar sepenuh masa, bukan hanya hobi mengisi masa yang ada.

3) Belajar bukan sebab peperiksaan, tetapi sebab keberkatan ilmu.

4) Mahasiswa Berpolitik: Mahasiswa jangan hanya mengkritik, tetapi mesti berfikir bagaiman untuk mengubah.

5) Setiap orang ada kelebihan masing-masing, gunakanlah kelebihan itu untuk tegakkan Islam. Kreatif dalam Berdakwah.

6) Betulkan niat dengan bertanya 'kenapa aku kena buat benda ini?' Maka, kita jawab 'Kerana Allah'. Ia sama fungsi seperti lafaz niat dalam solat, iaitu meyakinkan dan menguatkan niat.

7) Berkreatif dalam bekerja. Susun semua kerja dengan baik. Kreatif dalm 'multi-tasking'.

8) Kalau nak mengajar kitab, pastikan betul-betul faqih dan faham dengan apa yang diajar. Mesti jadi Ustaz. Ustaz adalah Mengajar.

Tapi, kalau nak sebarkan apa ada pada Islam, semua boleh lakukan. Tanpa perlu mengajar kitab. Tanpa perlu memegang title Ustaz. Semua kita Pendakwah.

Itulah beza Pendakwah dan Ustaz.

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan