Posts

Showing posts from September, 2012

Madrasah Tarbawi: Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Image
Antara bingkisan yang sempat dicatat semasa Madrasah Tarbawi malam tadi (14 Sepember | 28 Syawal) di Masjid Al-Azhar, KUIS oleh Al-Fadhil Al-Habib Al-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Tajuk Asal ceramah ialah: Ada Apa Pada CGPA? 1) Kalau dah namanya Pelajar, nak tak nak kena belajar. Belajar itu sebagai perkara yang utama. Bukan menjadikan main game atau menonton filem sebagai kerja utama ! 2) Belajar sepenuh masa, bukan hanya hobi mengisi masa yang ada. 3) Belajar bukan sebab peperiksaan, tetapi sebab keberkatan ilmu. 4) Mahasiswa Berpolitik: Mahasiswa jangan hanya mengkritik, tetapi mesti berfikir bagaiman untuk mengubah. 5) Setiap orang ada kelebihan masing-masing, gunakanlah kelebihan itu untuk tegakkan Islam. Kreatif dalam Berdakwah. 6) Betulkan niat dengan bertanya 'kenapa aku kena buat benda ini?' Maka, kita jawab 'Kerana Allah'. Ia sama fungsi seperti lafaz niat dalam solat, iaitu meyakinkan dan menguatkan niat. 7) Berkreatif dalam bekerja. Su

Cara Serban Nabi.

Image
Assalamualaikum semua ^_^ Alhamdulillah, saya memperoleh sedikit ilmu semasa menyertai halaqah Subuh baru-baru ini. Ada rakan berkongsi ilmu, beliau mengatakan, ada 6 stail Nabi Muhammad s.a.w mengikat serban. 1) Serban 1 ekor di belah kanan. (tutup telinga kanan, Nabi memakai sewaktu perang) 2) Serban 2 ekor di sebelah kiri dan kanan. (tutup telinga kiri dan kanan, Nabi memakai juga sewaktu perang) 3) Serban yang nabi letakkan ekor dari belakang ke depan dan Nabi selitkan di bahagian atas hadapan.(Nabi pakai stail ini tatkala memasuki tandas) 4) Serban 1 ekor di belakang. (Seperti yang biasa nampak) 5) Serban 2 ekor di belakang. (Ini pun sudah biasa dilihat) 6) 2 Serban: 1 serban macam biasa, dipakai dengan kain rida'/serban besar (ada namanya tu, tapi tak ingat) di kepala. Wallahua'lam.

[Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran

Image
#Kuliah Kitab: Tafsir Al-Quran yang kami ikuti akan berjalan setiap Isnin jam 12.30 pm -1.30 pm bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS. Kuliah Tafsir disampaikan oleh Ustaz Abu Zaki Ismail, pensyarah Akademi Pengajian Islam KUIS. Segala informasi akan dikongsikan disini secara berkala, seperti yang sedang kami terbitkan di blog. Insya-Allah. Salam, kita sambung kuliah kitab untuk nota yang ketiga. Maaf kerana menunggu lebih lama. ^_^ [Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran. Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail. Surah Al-Baqarah: 26-30 Ayat 30 membawa maksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfir