Kita Promoter, Kita Duta !



Sebuah Syarikat telah menghasilkan sebuah barangan yang mempunyai ciri-ciri yang amat menakjubkan.

Kita ambil contoh, Kereta.
Ciri-cirinya dapat dilihat melalui:
> Jenis Enjin,
> Gear
> Rekaan Luaran dan Dalaman
> Hal-hal Keselamatan
> Ketahanan dan lain-lain.

Syarikat pengeluar berusaha mempromosikan kereta keluara mereka untuk dibeli oleh bakal pelanggan mereka.

OK, begitu juga dengan kita sebagai seorang Muslim (Orang islam). Seharusnya kita sebagai seorang muslim wajib mempromosikan ISLAM kepada umum.

Apakah Ciri-Ciri khusus Agama Islam?

Di sini saya kongsikan kepada anda semua mengenai ciri-ciri khusus Agama Islam.




1) Rabbaniyah

Apakah itu Rabbani. buan kumpulan Nasyid Rabbani ya? Hehe..
Rabbani bermaksud KETUHANAN. Satu-satunya agama di Dunia yang mempunyai unsur ketuhanan ialah Islam.

Unsur Ketuhanan ini berada dalam setiap perbuatan, percakapan dan semua yang berkaitan dengan ISLAM. Segalanya berpaut pada Tuhan, Allah.

2) Syumuliyah

Syumul pula bermaksud MENYELURUH. Islam itu bukan berada pada aspek spiritual semata-mata. Tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan. Orang kata "The Way Of Life". Ini sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan agama hanya berada dalam rumah ibadat.

3) Inqilabiyah

Inqilab bermaksud tegaknya Islam dengan runtuhnya Jahiliah. Maksudnya begini. Jika seorang bukan Islam kemudian memeluk agama Islam (convert to Islam), maka secara tidak langsung, beliau hendaklah meninggalkan upacara keagamaan sebelum ini dan apa-apa tabiat yang bertentangan dengan Syariat.

4) Alamiyah

Islam itu bersifat Global/Universal. Islam itu sesuai untuk semua manusia di mana jua mereka berada. Ia bukan seperti Agama Samawi lain yang diturunkan untuk kelompok tertentu, tetapi ia merangkumi semua masyarakat di Dunia.

5) Waqi'eyah

Waqi'eyah bermaksud realiti dan mengikut kondisi. Sebagai contoh mudah, Menutup Aurat bagi Wanita. Di Malaysia,lebih mudah untuk memakai tudung dengan berbaju agak longgar. Tetapi di negara lain, Ada yang memakai pakaian litup satu badan. Begitu juga dengan negara-negara lain. Ini mambawa maksud islam itu bukan Idealisme semata-mata tetapi berpegang pada realiti.

6) Thabat wa Murunah

Thabat wa Murunah bermaksud, Tetap dan Anjal. Fix and Flexible.
Maksud di sini, Islam itu Fix pada Hukum, tetapi fleksibel dari segi pelaksaannya.

Contohnya: Solat. Solat 5 Waktu dari Hukumnya ialah Wajib. Namun, dari pelaksanaannya, ia boleh dijamakkan/diqasarkan/dijamakqasarkan mengikut keadaan seperti sakit, musafir dan macam-macam sebab lagi.

7) Wasathiyah

Wasathiyah bermaksud Pertengahan dan Terbaik. Seperti yang selalu dihebahkan. Wasathiyah berdiri di antara 2 pandangan yang melampau. Terlampau Ketat (Rigid/Jumud) dan Terlampau Longgar (Liberal/Plural).

Jadi, kepada kita sebagai seorang Muslim, hendaklah berusaha mempromosikan ciri-ciri Islam kepada semua orang di sekeliling kita. Kita DUTA ISLAM ! Kita Daie Muda ! Kita Penggerak dan Penegak Hukum Islam. Allahu Akbar !.

#segala kesilapan dan kesalahan harap dapat diperbetulkan dan ditegur. (^_^)V

Wallahua'lam. :)

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan