Posts

Showing posts from August, 2012

[Nota 2] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran.

Image
As-Salam, kita sambung yang semalam ya.  Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail. Surah Al-Baqarah: 26-30 Ayat 28 bermaksud: Bagaimana kamu kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). > Ayat ini berbentuk Soalan. Kenapa Allah Tanya? Allah tanya bukan bermaksud Allah tidak tahu. Tetapi, Allah menimbulkan persoalan supaya Manusia berfikir dan bermuhasabah. > Allah menceritakan siapa diri kita. Segala Timeline hidup mati kita telah diketahui Allah (Allah Maha Mencipta), Kehidupan kita sebelum dilahirkan, setelah dilahirkan, selepas mati, dan setelah dibangkitkan semula. Jadi mengapa perlu kufur? Ayat 29 bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit,

[Nota 1] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran.

Image
Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail. Sumber: Google Image Surah Al-Baqarah: 26-30 Ayat 26 Allah membuat perbandingan.  Mengapa Allah membuat perbandingan? Ada Hikmah yang tersembunyi. Orang Yang Beriman akan Mempercayai perbandingan tersebut. Orang yang kufur akan mempersoalkan kenapa dan kenapa. Sama seperti Belajar/ Kaji Sains. Ada yang makin bertambah keimanan. Namun, tidak sedikit yang bertambah kufur. Orang yang disesatkan itu ialah Orang-orang Fasik. Ayat 27 memperihalkan siapa Orang Fasik. Orang Fasik dalam ayat tersebut ada 3 definisi. 1) Orang Yang Merombak Perjanjian dengan Allah sesudah diperteguhkan. Perjanjian dengan Allah bermaksud beriman/ Amar Makruf Nahi Munkar. 2) Orang Yang Memutuskan Apa Yang Allah Suruh Sambung. Bermaksud: Persaudaraan/ Silaturrahmi. 3) Orang Yang Membuat Kerosakan (Dengan Melakukan Maksiat) di Muka Bumi. *Maksiat juga merupakan Kerosakan. Sebagai contoh, Zina. Dari nilai Islam, ia dikira 'merosakkan' setelah men

Kita Promoter, Kita Duta !

Image
Sebuah Syarikat telah menghasilkan sebuah barangan yang mempunyai ciri-ciri yang amat menakjubkan. Kita ambil contoh, Kereta. Ciri-cirinya dapat dilihat melalui: > Jenis Enjin, > Gear > Rekaan Luaran dan Dalaman > Hal-hal Keselamatan > Ketahanan dan lain-lain. Syarikat pengeluar berusaha mempromosikan kereta keluara mereka untuk dibeli oleh bakal pelanggan mereka. OK, begitu juga dengan kita sebagai seorang Muslim (Orang islam). Seharusnya kita sebagai seorang muslim wajib mempromosikan ISLAM kepada umum. Apakah Ciri-Ciri khusus Agama Islam? Di sini saya kongsikan kepada anda semua mengenai ciri-ciri khusus Agama Islam. 1) Rabbaniyah Apakah itu Rabbani. buan kumpulan Nasyid Rabbani ya? Hehe.. Rabbani bermaksud KETUHANAN. Satu-satunya agama di Dunia yang mempunyai unsur ketuhanan ialah Islam. Unsur Ketuhanan ini berada dalam setiap perbuatan, percakapan dan semua yang berkaitan dengan ISLAM. Segalanya berpaut pada Tuhan, Allah. 2) Syumu

Metodologi Usrah. ;)

Image
#sekali lagi, tajuk entri dah macam tajuk Kertas Kerja Seminar. Ngee~ Sumber: Google Assalamualaikum w.b.t. semua. Artikel ini ditulis atas kesedaran bahawa Sistem Usrah kini semakin lama tidak begitu menerapkan unsur tarbiyah ruhiyyah. Sebab apa saya berkata begitu? Wujudnya Dua Pendapat... Pendapat Pertama:  Golongan yang terlalu ketat/rigid dengan perlaksanaan usrah dengan mengatakan 'Usrah Hanya Pada Halaqah Ilmu'. Pendapat Kedua:  Golongan yang terlalu leberal dengan perlaksanaan usrah. Hakikatnya mereka tidak menyukai sistem Usrah yang nampak 'formal' (Atau istilah lain, kolot dan tidak progresif). Pelaksanaan mereka lebih kepada aktiviti luar seperti Futsal, Bowling dan lain-lain. Pengenalan Usrah *sebelum apa-apa, kita belajar sikit tentang usrah ni ye :) : Usrah dari bahasa , berasal dari kalimah Arab, (الأسرة) yang bermaksud keluarga. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara a

Tiada Entri Tentang Ramadhan Tahun Ini???

Image
Ayat macam gempak kan? :P Apa-apa pun, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua! Dengan segala hormatnya, Perkara di atas adalah dirujuk. *Ni apa hal tetiba buat surat lak ni?? Cilok dari FB Ok, berbalik kepada tajuk di atas, Tiada Entri Ramadhan tahun ini. Ada yang bertanya, dan ada kalanya saya terfikir. Kenapa ya tiada entri tentang Ramadhan? 1) Kehilangan Mood Semua tahu bahawa perkara paling utama dalam nak menulis blog ialah Mood/minat. Maka, tahun ini adalah tahun yang tiada mood untuk menulis yang panjang-panjang tentang Ramadhan. 2) Kesibukan Melampau Sebenarnya belum lagi tahap melampau. Cuma, kekangan masa amat-amat membuatkan diri ini tidak meyempat untuk menaip blog. Macam yang saya pernah tulis di entri lepas, Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang paling banyak assignment, presentation, dan kerja-kerja lain. 3) Ketandusan Idea Jika tahun lepas saya menulis artikel Menyelusuri Denai Ramadhan adalah untuk urusan penerbitan Buletin Al-Islah