Posts

Showing posts from January, 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Image
sekadar sebuah promosi, walaupun tak dapat pergi nanti. :) Konvensyen Fiqh Ummah 2012   merupakan satu platform ilmiah yang menghimpunkan ilmuwan agama tempatan dan antarabangsa. Mereka akan memberikan panduan kepada peserta dalam usaha melahirkan generasi “Ummatan Wasata” yang wasatiyyah (bersederhana) dalam segala aspek kehidupan seorang Muslim – Akidah, Muamalah, Ibadah, Siasah, Dakwah, Tarbiyah, Cara Hidup, Al-Quran dan Hadith. Tarikh: 18 - 19 Februari 2012 Tempat: Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur Membariskan ILMUWAN TEMPATAN yang diakui ilmunya seperti: 1. Tuan Guru Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Ph.D Syariah, Universiti Sains Malaysia 2. Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Ph.D Balaghatul Quran, Universiti Malaya 3. Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman Ph.D Islamic Studies & Finance, University of Wales, Lampeter 4. Ustaz Hasrizal Abdl Jamil B.A Pengajian Islam & Syariah, Universiti Mu’tah, Jordan 5. Imam

Pemimpin : Mukmin Profesional

Image
Konsep kepemimpinan sememangnya perlu dipandang serius dan bukan sambalewa. Ia merupakan antara cabang topik yang amat besar peranannya untuk kelestarian Islam zaman kini. Jika ada segelintir individu atau golongan yang menolak soal kepemimpinan, maka mereka itu sebenarnya tergolong dalam kelompok yang menafikan al-Quran dan al-Sunnah. Isu pemilihan pemimpin bukan isu yang main-main. Sedangkan keberadaan individu di tandas pun ada hukum-hakamnya, inikan pula isu pentadbiran yang melibatkan semua pihak. Memilih pemimpin merupakan satu tanggungjawab. Jadi, adalah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk memilih pemimpin yang terbaik, termasuklah dalam ruang lingkup kampus. Dalam artikel kali ini, penulis menggariskan Beberapa ciri utama yang perlu diterapkan bagi seseorang Pemimpin Mukmin Profesional Seorang pemimpin seharusnya merupakan seorang mukmin professional. Dapat saya rumuskan, Mukmin Profesional ialah individu yang mempunyai 2 ciri unggul berikut : 1) Tingka

Nota Buat Penulis Blog Baharu ^^

Image
. Kali ini aku titipkan khas buat blogger-blogger yang baharu sahaja memiliki blog sendiri. 1) Mulakan dengan Pengenalan Nasihat saya buat blogger baharu, mulakan blog anda dengan entri pengenalan. Ceritakan tentang misi anda untuk blog tersebut. Kenapa anda memilih medium blog, dan siapakah inspirasi anda dalam dunia blog ini? Ringkas dan padat, semua suka dan mesti baca. 2) Selaraskan Penggunaan Bahasa Gunakan bahasa yang anda rasakan sesuai dengan cara penyampaian anda. Kekalkan stail bahasa anda. Jika anda menggunakan tatabahasa yang betul, itu lebih baik. :) 3) Sertai Segmen dan Pertandingan Banyakkan menyertai segmen-segmen dan pertandingan (contest) untuk mempromosikan blog anda. Jika anda menyertainya, sekaligus anda cuba membiasakan diri anda dalam dunia blog. :) 4) Bina Artikel Hebat dan Mantap Cabar diri anda ! Tulis sebuah rencana yang mempunyai penggunaan ayat yang teratur dan menarik. Jangan lupa untuk masukkan nilai-nilai kemanusiaan sebagai mes

Nota2012 : Selangkah Perubahan

Image
Allahu Akbar ! Lama sungguh aku tidak mengemas kini lamanku ini... Rindu aku dibuatnya.. :) Suka untukku berkongsi sedikit berita dan cerita selama beberapa hari ketiadaan ku di laman blog ini. 4 Januari - Alhamdulillah, aku berjaya menghadirkan diri ke ITQAN bagi meneruskan sesi kuliah bagi semester 2. 7 Januari - Bayangkan, tak selamanya kita hanya bertemu di alam maya. Kita perlu juga untuk bersua menambah ukhuwah dan pengetahuan. Perjumpaan pertama Blogger ITQAN berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah, walaupun tidak ramai yang tahu, namaun cukup untuk kami bertukar idea dan membentuk sebuah blogger team. Perjumpaan pertama ini lebih ke arah taaruf, bercerita pengalaman dan sembang-sembang tentang blog. :) 8 Januari - Untuk tahun ini juga, aku diamanahkan oleh rakanku untuk menjaga sebuah blok asrama di ITQAN. Ya, memang berat, diri sendiri pun tak terjaga, inikan pula anak orang. Tapi, aku mengambil ini adalah cabaran dan pengalaman kepadaku untuk menempuh h

Pencetus Fenomena Baharu

Image
Assalamualaikum.. tirai 2011 telah berlabuh.. kini, tersingkap pula tirai 2012. Membuka inspirasi baharu... Umum mengetahui, malam tahun baru kali ini ada kelainan.  Aktiviti yang paling menarik minat aku ialah: Countdown 2012 (Jom Santai Bersama GeMS) #aku tak berkesempatan untuk pergi (T_T) sedih lak ai.... Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor. Kehadiran: Mencecah 80, 000 orang ! Tetamu/Artis: Ustaz Azhar Idrus, Sham Kamikaze, Shahir, Zizan Razak (Raja Lawak), Imam Muda Asyraf, Ustaz Norhisyam Tuan Padang, YB Dr Halimah Ali, YB Khalid Samad dan ramai lagi yang tidak disenarai. :D Zizan Raja Lawak ft Ustaz Azhar Idrus 80 Ribu hadirin hadir. Satu Fenomena baharu ! Zizan, Sham, Ustaz Azhar, Ustaz Syed Norhisyam. :) Shahir menyampaikan lagu... Dua ikon hebat. Tembok agamawan-remaja berjaya dipecahkan !!! Sham Kamikaze :) Ustaz Azhar, Akhil Hayy, YB Khalid Samad, Zizan. Alhamdulillah,  1. 80 000 orang hadir: kini ramai yang