Posts

Showing posts from October, 2011

Nahdah | Tahniah !

Image
Klik gambar untuk ke laman sesawang Nahdah Tahniah kepada Parti Islam, Hizbul Nahdhah Tunisia atas kemenangan mereka dalam pilihan raya Umum Tunisia baru-baru ini. Semoga semua masyarakat dapat menerima dengan terbuka, walaupun mereka merupakan sebuah Parti Islam. Semoga Tunisia aman dan makmur di bawah pemerintahan yang mengikut syariat Islam.

Produk Islam | Ayuh Amalkan ! !

Image
Produk-produk yang menjadi simbol kepada Islam seringkali dipandang serong oleh golongan yang prejudis terhadap Islam. Justeru, sebagai seorang Muslim, ayuh bersama-sama kita amalkan produk-produk Islam ini. Insya-Allah, moga dapat diamalkan. 1) Serban Serban merupakan simbol terulung seorang Muslim. 2) Tudung Labuh Pemakaian Tudung Labuh merupakan tudung paling sempurna bag seorang Muslimah. 3) Jubah Pemakaian Jubah itu satu Sunnah. Tiada khilaf padanya. Sekadar Hiasan. - Pemakaian Jubah satu Sunnah 4) Cincin Pemakaian cincin bagi lelaki adalah sunnah disarung pada jari kelingking kanan Tidak boleh diperbuat daripada emas, walaupun sedikit. Wanita dibenarkan memakai cincin karana cincin merupakan perhiasan wanita. 5) Purdah Diharuskan kepada wanita untuk memakai purdah. Banyak kelebihan memakainya, termasuklah mengeak daripada fitnah. Moga produk-produk Islam ini dapat disebarkan penggunaannya kepada umum, khususnya kalan

Usul Isyrin Imam Hasan Al-Banna

Usul Isyrin Imam Hasan Al-Banna Dua Puluh Usul Jalan Wasatiah Perpaduan Ummah Digariskan oleh Pengasas Ikhwan Al-Muslimin, Al-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna rahimahullah sebagai jalan pertengahan (wasatiyyah) yang sahih dan tepat bagi mengembalikan perpaduan umat Islam untuk memahami risalah Islam yang asli dan telus. Usul Isyrin digunakan sebagai perkara asas dalam memahami Islam sebenar. Perkara Usul Isyrin adalah seperti berikut: 1.       Islam adalah satu sistem yang lengkap (syumul) mencakupi seluruh bidang kehidupan. 2.       Al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber rujukan bagi setiap orang muslim dalam memahami segala hukum-hakam Islam. 3.       Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya kasyaf, mimpi, ilham dan lintasan-lintasan hati tidaklah menjadi dalil hukum Islam (syarak) dan tidak boleh dibuat pegangan 4.       Semua jenis ta