Peristiwa Di Bulan Ramadan


Assalamualaikum....


PERISTIWA DI BULAN RAMADAN

Malam Lailatul Qadar – Penurunan Al-Quran ke langit Dunia

Ramadan tahun ke-13 sebelum Hijrah – Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah melalui Jibril

Ramadan tahun ke-3 sebelum Hijrah – Saidatina Khadijah pulang ke rahmatullah

Ramadan 1H – Baginda memerintahkan supaya Masjid Dhirar yang dibina oleh Kaum Munafik dirobohkan

Ramadan 2HZakat fitrah mula disyariatkan

Ramadan 5H – Persiapan dimulakan untuk menghadapi Peperangan Khandak (Al-Ahzab)

Ramadan 6H – Zaid bin Harithah dihantar ke Wadi Al-Qura untuk bertemu dengan Fatimah bt Rabiah, pemerintah kawasan tersebut. Pihaknya telah merompak rombongan Zaid bin Harithah sebelum itu. Fatimah terbunuh di bulan Ramadan semasa berhadapan dengan tentera Muslimin ini

Ramadan 7H – Ghalib bin Abdullah Al-Laithi mengetuai 130 gerombolan tentera Islam menentang Bani Awâl dan Bani Abd bin Tha'labah

Ramadan 9H – Rasulullah telah pulang bersama tentera Islam daripada Peperangan Tabuk yang berlangsung selama 50 hari. Ia merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh Baginda

Ramadan 9H – Delegasi  Thaif bertemu dengan Rasulullah sekembalinya Baginda dari Tabuk dengan tujuan untuk menyatakan keislaman mereka

Ramadan 9HRaja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan keislaman mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam

Ramadan 10H – Baginda mengutus rombongan yang diketuai Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersama surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari

Ramadan 10H – Baginda telah mengasingkan dirinya selama 20 hari, bukan 10 hari sebagaimana kebiasaan yang Baginda SAW lakukan pada Ramadan tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah petanda utama kembalinya Baginda SAW ke rahmatullah beberapa bulan berikutnya.

Ramadan 15H - Berlaku Perang Qadisiah di mana penganut Majusi di Parsi (Iran) ditumbangkan

Ramadan 53HPejuang  Arab Islam telah berjaya menakluki Pulau Rudes (Rhodesia)

Ramadan 91H – Pejuang Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad mula mendarat di Selatan Andalus (Sepanyol). Bermulanya Zaman Keemasan Islam di Andalus pada tahun berikutnya dan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadan 92H Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yaman dan Syria

Ramadan 129HKemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan di bawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasani

Ramadan 132H – Berakhirnya pemerintahan Bani Umaiyah. Abu al-Abbas dilantik sebagai Khalifah Abbasiyah yang pertama

Ramadan 254H – Mesir memisahkan diri dari Daulah Abbasiyah di bawah pimpinan Ahmad bin Thaulun

Ramadan 361H – Universiti Al-Azhar telah siap dibina

Ramadan 585H – Salahuddin Al-Ayubi berjaya membebaskan Palestin dan Syam amnya dari penguasaan tentera Salib

Ramadan 647H – Tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera Perancis yang dipimpin oleh Louis IX. Louis telah dipenjarakan di Mansurah

Ramadan 675H – Raja Bebes dan tentaranya berhasil mengusir tentara Salib secara total

Ramadan 1393H – Tentara Mesir berjaya merebut Terusan Suez dan mengusir tentara Israel dari Semenanjung Sinai


Peristiwa Bertarikh Ramadan

1 Ramadan 114H – Peperangan Balat As-Syuhada berlaku.

6 Ramadan 222H – Tarikh pembukaan Islam di kawasan Amouriah.

10 Ramadan 8H – Rasulullah melancarkan tentera untuk membebaskan Kota Mekah dari kekufuran dan syirik, ekoran dari pencabulan Perjanjian Hudaibiyah.

14 Ramadan 666H – Kawasan Antakya yang menjadi pusat Kristian telah berjaya ditawan.

17 Ramadan 2H – Peperangan Badar Al-Kubra berlaku. Ia merupakan pertempuran besar-besaran pertama kaum Muslimin menentang Kafir.

20 Ramadan 8H – Mekah berjaya ditawan oleh tentera Rasulullah. Peristiwa Futuh Al-Makkah ini memberikan anjakan paradigma kepada Islam dan kekuasaannya. Sejurus selepas itu, Baginda SAW mengutus beberapa kumpulan sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala Uzza, Amru bin al-As merobohkan berhala Suwak dan Saad bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala Manat.

25 Ramadan 658H – Peperangan Ain Jalut berlaku. Saifuddin Al-Qatz berjaya mengalahkan tentera Tartar yang telah menghancurkan Baghdad daripada bergerak ke Mesir bagi menawan Kaherah.

28 Ramadan 92H – Tariq bin Ziyad dan tenteranya dapat mengalahkan King Roderic of the Visigoths  dalam satu peperangan sengit.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan