Belajarlah dari Alam

Belajarlah dari Alam. Ia adalah ciptaan langsung (directed creation) dari Tuhan. Bukan barang yang dicipta oleh manusia. Ayuh, kita belajar dari Alam!!



Di sebuah rumah, tinggal sepasang suami isteri. Si isteri baru sahaja mengandungkan bayi. Kandungannya baru berusia 3 bulan. Baru lagi...

Suatu hari, seperti mana-mana isteri mengandung yang mengidamkan sesuatu, si Isteri meminta agar suaminya untuk membeli sebiji buah Tembikai. Si suami menuruti permintaan Isterinya. Almaklumlah, Isteri mengandung memang macam ni...

Kunci diambil, motorsikal dihidupkan. Pergilah seorang suami untuk membelikan sebiji Tembikai untuk isteri tercinta.

10 mint kemudian...

Si suami pulang ke rumah dengan buah tembikai yang dibelinya sebentar tadi. Lalu, beliau terus ke dapur, memotong Tembikai tersebut untuk diberikan kepada Isterinya...

Tatkala si isteri merasai tembikai tersebut, si isteri mendapati tembikai tersebut tidak manis. Tawar.

"Abang, apa ni bang, tawarnya buah ni. tak rasa tembikai pun...", keluh dan rungut si Isteri.

Suaminya diam, otaknya ligat berfikir.

lalu, terjadilah perbualan di bawah...

Suami (S) : Sayang, awak rasa abang nak beli tembikai tadi tu, abang nak yang tawar ke yang manis?

Isteri (I) : Mestilah nak yang manis..

S : Sayang, awak rasa penjual tembikai n tadi, dia nak jual tembikai yang manis ke yang tawar?

I : Mestilah yang manis...

S : Sayang, awak rasa pembekal buah tembikai ni, dia nak bekal buah yang manis ke yang tawar?

I : Mestilah yang manis...

S : Sayang, awak rasa peladang yang tanam buah tembikai ni, dia nak kan yang manis ke yang tawar?

I: Mestilah yang manis. Abang, kenapa abang tanya semua ni...?

S : Sayang, sebentar tadi, awak merungut, mengeluh, tapi sebenarnya awak ingin mengeluh kepada siapa sebenarnya?? Awak sebenarnya merungut pada Pencipta buah tersebut.. Abang harap kita insaflah, SYUKURlah dengan apa yang kita peroleh. Setiap individu ada kemahuan, Tapi Allah beri hanya yang keperluan sahaja untuk hamba-hambanya...


Ya para pembaca sekalian, Belajarlah dari Alam. Belajarlah walaupun dari sebiji buah tembikai. Tembikai telah mengajar kita apa itu SYUKUR dan Menghargai sesuatu... Konklusinya, Syukurlah dengan apa yang berlaku, jangan dirungut dan menyesali akan apa yang berlaku..

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan