Posts

Showing posts from 2011

ZahirulOnline di-'review' ???

Image
Ucapan terima kasih kepada Si Budak Banjir kerana telah membuat sebuah review tentang blogku yang tidak seberapa ini. :) Ya, aku telah direview dan dikritik sedikit oleh beliau. Biasalah, bila direview, pastinya ada sedikit teguran yang membina, betul tak? :) Gambar tiada kaitan dengan blog beliau Komentar Aku: 1. Budak Banjir memang suka ambil hati kawan. 2. Blog ini memang untuk perkongsian pendapat dan pandangan daripada saya, yang di pandang dari sudut logik saya, di samping merujuk serba sedikit pada kitab-kitab agama, termasuklah Al-Quran. 3. Entri tentang hari lahir beliau, memang aku buatkan khas untuk beliau. (*alasannya: dia lahir ketika orang semua cuti, jadi, memang ramai la akan wish. Jadi, aku ambil kesempatan untuk membuat kelainan kepada beliau pada ulang tahun kelahiran ke-18 beliau. ^_^) Petikan blog beliau: Paling aku terharu time dia buat post pasal birthday aku. Melonjak sana sini aku baca. Dia punya terharu sampai sedaya-upaya aku cuba berusaha

Giveaway Akhir Tahun | by Jieda

Image
Giveaway Akhir Tahun by Jieda Menjelang Akhir tahun, pasti ramai yang membuat segmen di blog  masing. Jadi, kali ini, aku juga ingin menyertai Giveaway Akhir Tahun daripada blog Jieda Kepada sesiapa yang mahu sertai, jom join. klik pada gambar ^^ #Kepada yang ingin sertai BlogList Kasi Habis ZahirulOnline, jom join. Klik pautan di bawah  :) ( BLOGLIST KASI HABIS ) < sebelum akhir tahun ^^

Memperkukuh Ukhuwah Melalui Usrah

Image
Memasuki dunia remaja dan memakai gelaran siswa, memang sudah mula aku kurang komitmen pada sahabat. Benarkah? Mungkin betul. :) Jadi, solusinya, aku lebih suka menyertai usrah. Ya, Usrah  adalah solusinya. JOM USRAH =) Dengan Usrah, aku dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terbina sejak lebih 5 tahun. Bukan sekadar perkukuh ukhuwah, tetapi mendapat semangat daripadanya. Semangat apa? Mahu tahu? Hanya yang menyertainya sahaja yang mengetahuinya. hehe.. =) Maka, terdengarlah ke telingaku kata-kata seperti di bawah ini... "Eh kau, aku tak usrah pun ok je.... kitorang #sahabatseumurhidup tau" "Alah kau, bajet je... usrah la konon. pi mam*** la.. ~" "Weh, tak payah nak tarbiyah sangat la kan~" "Kecoh tol dengan usrah eh~" Ok, memang aku kecoh, memang aku sibuk, memang aku semua yang kau cakap, so what?? haha... Aku hanya mampu tersenyum pada zahirnya, berbicara kesal secara batinnya. (^_^). Betul pepatah kata, *takkan arkitek bole

Sanah Helwah Sahabat !!!

Image
Entri ini dibuat KHAS untuk sahabat saya di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri sembilan yang juga merupakan rakan blogger saya. Hari ini (27 Disember 2011) adalah hari ulangtahun kelahiran beliau !!! Beliau adalah: AFDHALFIKRI (Budak Banjir) Bercakap tentang beliau, sebenarnya beliau mempunyai sebuah delegasi pemikiran yang kreatif. Ya, mungkin kadang2 (bukan kadang2, tapi selalu) beliau bertindak @ berfikir dengan pelik, tapi kadag2 pelik beliau 'boleh pakai la juga'. Laman Blog beliau boleh diakses di sini: http://afdhalfikri.blogspot.com Afdhal @ Pelik, Ucapan aku untuk kau : Selamat hari lahir ke-18. Moga menjadi sahabat dunia akhirat. :D Semoga amalan kita bersama bertambah dari masa ke masa seiring pertambahan usia kita.  ^^ Nah kek hari jadi kau. haha* Sori, tak sempat buat. bhahaha... :P beb, terharu tak? bhahaha..... # Jom pakat2 sokong dia dalam dunia blog ni. :)

Kenangan 2011 #Manis?

Image
Asssalamualaikum w.b.t. Malam-malam begini, suka saya berkongsi pengalaman dan gambar yang sempat diambil sepanjang tahun ini. :) Setiap daripada kita pasti ada kenangn manis yang tersendiri. maka, saya juga mempunyai kenangan indah tahun ini. :) Berikut adalah antara peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sepanjang tahun ini.. (*tak ikut urutan masa) MANIS ^^ 1) Dapat mak saudara baru. ^^ Puan Mashitah Ahmad *aku hanya seorang penangkap gambar. Selepas akad nikah ::Afizan Annuar & Mashitah Ahmad 2) Kembara Ibnu Battutah 2011 (Rombongan lawatan ke Kuching ^^) Pengalaman pertama saya ke Kuching, Sarawak !!! Dalam Kapal Terbang Firefly ^^ (Saya (berkopiah) bersama Aslam (kiri) dan Abdullah (kanan)^^) 3) Lawatan ke MITIB Klang. :) Jumpa kawan lama. Muzammil Murad. Duduk bersebelahan Izzat Qiwam, pemuda hebat ^^ 4) Kem Sinergi 2011 anjuran KUIM, Melaka. Di buat di Saujana Asahan Ledang Melaka. #bertemu Ustaz Don Daniyal Don Beyajid Bergambar be

Monolog 1

Image
Ramai Marah, Sedikit Diam Kenapa ya? Ramai orang melenting bila bendera diturunkan, tetapi membisu bila harga barang dinaikkan. Kenapa ya? Ramai yang marah bila tak sertai himpunan selematakan aqidah, tetapi membisu bila pendidikan agama tidak diterapkan dan dijadikan subjek wajib-lulus. Kenapa ya? Ramai yang bangga dengan kutipan zakat tertinggi dan terbanyak, tapi tak ramai yang tahu ke manakah duit zakat itu disalurkan sebaiknya. Kenapa ya? Ramai yang marah bila masjid disimbah cat merah, tapi tak ramai yang komplen dengan pengurusan masjid yang memang tak cekap ! Kenapa ya? Ramai yang suruh guru bekerja 9 jam sehari, tapi tak ramai tahu apa tugas sebenar seorang guru ! Kenapa ya? Ramai yang mengatakan bersyukur kepada Kerajaan kerana telah banyak memberikan sumbangan kepada anda, tapi tak ramai yang bersyukur kepada TUHAN yang menjadi punca segala rezeki di atas dunia ini. ! Kenapa ya? Ramai sangat yang suka memfitnah dan menyembunyikan f

Kutub Sittah | Part V

Image
Biodata Imam Tirmizi Imam Tirmizi , nama asalnya adalah   Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah Al-Tirmizi ialah seorang perawi hadith dari Parsi yang terkenal. Beliau pernah belajar hadis dari Imam Bukhari. Beliau menyusun kitab ‘Sunan Al-Tirmizi’ dan ‘Al-Ilal’. Beliau mengatakan bahawa beliau sudah pernah menunjukkan kitab Sunannya kepada ulama-ulama Hijaz, Iraq dan Khurasan dan mereka semuanya setuju dengan isi kitab itu. Karyanya yang mashyur ialah Kitab Al-Jami’ (Jami’ Al-Tirmizi/Sunan al-Tirmizi). Ia juga tergolong salah satu Kutub Sittah (Enam Kitab Utama Bidang Hadis) dan ensiklopedia hadis terkenal. Selain itu, beliau turut menulis kitab hadis Shamail al-Muhammadiyah (Kesempurnaan Rasulullah) Saya kurang memperoleh maklumat lanjut tentang Kitab Sunan Al-Tirmizi . Sekiranya saya menemuinya, insya-Allah akan dikkemaskini. ^_^

Siasah: Mencari Logika

Image
Siasah Nasional bergegar kembali ! Saya tak mahu melontarkan sebarang respon. Namun hakikatnya saya pelik. Pelik dengan situasi yang semakin memeningkan kepala saya. Hish ! Siasah, siasah, siasah..... Bayangkan andaian daripada cerita di bawah : Tuan Haji Husain Ahmad, Pengetua Kolej Sinar Rembau, Negeri Sembilan telah menyertai sebuah konvensyen yang diberi nama Konvensyen Kolej Sinar Kebangsaan. Konvensyen tersebut telah berjaya mengumpulkan kesemua pengetua Kolej Sinar yang berada di dalam mahupun luar Negara. Dari konvensyen tersebut, beliau telah mengenali ramai pengetua-pengetua Kolej Sinar dari daerah lain, negeri-negeri lain, malah dari Negara serantau. Antaranya, Datuk Ahmad Dali dari Kemaman, Terengganu, Dr Abu Naufal Abdullah (Baling, Kedah), Tuan Indera Putraman (Acheh, Indonesia) dan ramai lain. Konvensyen tersebut juga turut dihadiri oleh agamawan dan professionalis hebat. Antara resolusi yang dicapai dalam konvensyen tersebut adalah: menubuhkan Sekretariat

Kutub Sittah | Part IV

Image
Gambar Hiasan | Situasi ketika Talaqqi Kitab Kitab Sunan Nasaie As-Sunan As-Sughra juga dikenali sebagai  Sunan Nasaie atau  Al-Mujtaba ialah salah satu daripada enam kitab hadith utama Ahli Sunnah wa Jamaah, dan telah dikumpul oleh Imam Nasaie. Ahli Sunnah Wa Jamaah menganggap kitab ini sebagai ketiga paling kuat dalam enam kitab hadith utama mereka. Kitab Al-Sunan Al-Sughra ini mempunyai sekitar 5270 hadith (termasuk Mukarrar (riwayat berulang)) yang dipilih oleh Imam Nasaie daripada karya utamanya, Al-Sunan Al-Kubra. Bagaimanapun, kitab pertamanya ini turut memasukkan hadith hasan di samping hadith sahih Biodata Imam Nasaie Imam Nasaie , nama lengkapnya   Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syuaib bin Ali al-Nasaie adalah seorang ahli hadis. Beliau terkenal dengan nama Imam Nasaie kerana dinisbahkan dengan Kota  Nasaie , salah satu kota di Khurasan. Beliau dilahirkan pada tahun 215H. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 13 Safar 303H di Palestin dan beliau dikub

Jom Solat Gerhana Bulan !!!

Image
Assalamualaikum w.b.t. semua =) Insya-Allah, kita akan melalui peristiwa gerhana bulan esok (10 Disember 2011 bersamaan 15 Muharam 1433H). Justeru, ada beberapa rakan-rakan saya meminta agar saya menerbitkan entri berkaitan solat gerhana bulan. Terus saya merujuk beberapa sumber dan berikut adalah hasilnya. Solat Gerhana Bulan Nama: Solat Gerhana Bulan, dalam bahasa Arab dipanggil Al-Khusuf. Hukum melakukannya: Sunat Muakkad. Sebagaimana Hadith Baginda s.a.w, mafhumnya: "Sesungguhnya Matahari dan Bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Taala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. Oleh itu, apabila kamu melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan." -  [Hadith Riwayat Muslim] Kaedah solat: Disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya: As-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah) Cara Solat: Saya memberikan

Kutub Sittah | Part III

Image
Assalamualaikum w.b.t. ! Pihak kami memohon kemaafan atas kelewatan menge'post' entri di blog ini. Justeru, kami kembali menyambung informasi berkenaan Kutub Sittah. Teruskan bersama ZahirulOnline ! Sambungan daripada Kutub Sittah | Part II Sekadar Hiasan | Membaca Jambatan Ilmu Kitab Sahih Muslim Sahih Muslim (Tajuk sebenar: Al-Musnad Al-Sahih bi Naqli Al-Adl) ialah salah satu dari enam kitab hadith dalam Islam mazhab Ahli Sunnah wa Jamaah. Kitab ini yang disusun oleh Imam Muslim, merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan murni selepas al-Quran, bersama dengan Sahih Bukhari. Kedua-dua kitab sahih ini diterima oleh segenap umat Islam. Imam Muslim telah mengerahkan seluruh kemampuannya untuk meneliti dan mempelajari keadaan para perawi, menyaring hadith-hadith yang diriwayatkan, membandingkan riwayat-riwayat itu satu sama lain. Imam Muslim sangat teliti dan hati-hati dalam menggunakan lafaz-lafaz, dan selalu memberikan isyarat tentang

Ayuh Sebarkan Cinta !

Image
AYUH SEBARKAN CINTA Oleh:  Putera Madani Alhamdulillah, bertemu kita dalam makalah daripada saya. Fokus kita kali ini cenderung ke arah isu remaja, CINTA. Jika ditanya tentang cinta kepada saya, jawapan saya mudah. Saya berpegang kepada satu pendapat yang saya rasakan mudah difahami oleh umum. Berpegang pada satu pendapat bukan bereti saya taklid buta, namun saya mengambil pendapat tersebut atas dasar formula yang diberikan amat sesuai dan boleh diterima oleh akal yang manusiawi. Imam Hasan Al-Banna turut menegaskan bahawa pendapat seseorang imam itu dalam sesuatu perkara yang tiada nas atau nas yang mempunyai pendapat umum dan dalam soal kepentingan umum adalah harus dan boleh dilaksanakan selagi mana ia tidak bertentangan dengan asas syarak  [1] . BAHAGIAN CINTA Pendapat yang saya ambil merupakan rumusan cinta daripada Sheikh Ibnu al-Qayyim al-Jauziy rahimahullah. Beliau memecahkan cinta kepada dua ketegori; yang dibenarkan dan tidak dibenarkan  [2] . Cinta